Connect with:




Jerman menewaskan Turki dalam undian oleh ahli eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak kedua terbesar iaitu EURO pada tahun 2024.

Perkara ini menyaksikan Jerman kali pertama menganjurkan kejohanan itu sebagai negara gabungan (barat dan timur) selepas kali terakhir oleh Jerman Barat pada tahun 1988.

EURO 2024 bakal menyaksikan format kemabali kepada satu sahaja tuan rumah berbanding tuan rumah gabungan beberapa negara pada edisi 2020.

Edisi kali ke-17 itu bakal menyaksikan 24 pasukan yang terlibat dan final bakal diadakan di Berlin.

Sumber: BBC
Foto: TheLocal.co