Connect with:




Jurulatih Jerman, Joachim Loew mengesahkan bahawa anggota juara Piala Dunia 2014, Thomas Muller, 29, Mats Hummels, 30, dan Jerome Boateng, 30, tidak lagi tersenarai dalam skuad kebangsaan Jerman untuk masa hadapan, sekali gus membayangkan bahawa kerjaya antarabangsa mereka telah berakhir.

Selepas tersingkir Piala Dunia 2018 yang dianggap sebagai paling teruk sejak 1938, Loew memberitau Bild bahawa 2019 akan menjadi tahun di mana pasukan bola sepak kebangsaan Jerman mempunyai wajah baru. Jerman yang meninggalkan Rusia selepas gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas kekalahan mengejut kepada Mexico dan Korea Selatan.

Selepas Jerman menamatkan saingan di tempat terakhir di kumpulan Liga Negara-Negara Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Loew ingin membuat pembaharuan dengan meletakkan lebih banyak kepercayaan pada pemain muda negara.

“Pada pusingan kelayakan Piala Eropah 2020, kami akan membuat pembaharuan kepada pasukan. Para pemain pasukan kebangsaan muda akan mempunyai ruang yang mereka perlukan tempat itu untuk berkembang sepenuhnya,” jelas Loew.

Loew meneruskan ucapan berterima kasih kepada pemain Bayern Munich atas perkhidmatan yang menakjubkan  dan sumbangan mereka untuk pasukan kebangsaan.

“Saya berterima kasih kepada Muller, Hummels dan Boateng untuk beberapa tahun yang berjaya ini, ia sungguh luar biasa dan menakjubkan ketika bersama. Walau bagaimanapun, dalam pasukan kebangsaan, kini lebih penting untuk menetapkan kejayaan untuk masa depan,” katanya.

Loew memberitahu keputusan berkenaan trio Bayern Munich tersebut sebelum dia menyebut skuad untuk bersaing menentang Serbia di Wolfsburg dalam masa dua minggu dan kelayakan Piala Eropah 2020 menentang Belanda di Amsterdam pada 24 Mac –AFP

Foto : AFP