Connect with:




Di Jepun, mereka yang bertatu secara tradisinya sering dianggap sebagai anggota kumpulan Yakuza.

Terdapat satu peraturan berkaitan dengan tatu di Jepun. Di sana, onsen atau kolam air panas tidak membenarkan individu bertatu untuk masuk ke sana.

Satu kaji selidik yang dijalankan Agensi Pelancongan Jepun pada 2015 mendapati 60% pemilik penguasaha onsen tidak membenarkan mereka yang bertatu menggunakan servis yang disediakan.

Bagaimanapun sempena Piala Dunia Ragbi yang akan berlangsung pada September ini, ramai pemilik onsen bersedia untuk beri kelonggaran kepada penyokong negara luar yang bertatu.

Antara perkara yang akan dilakukan pemilik onsen adalah menyediakan pelekat untuk ditampal bagi melindungi tatu pelanggan selain memperkenalkan waktu khas untuk pelanggan bertatu.

Sebelum ini, World Rugby  telah mengeluarkan amaran kepada pemain dan penyokong untuk tidak menampakkan tatu mereka ketika berkunjung ke gimnasium atau kolam renang.