Connect with:




Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates memberitahu penganjur bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 perlu mendapatkan khidmat kepakaran asing dalam bidang sukan untuk temasya berkenaan.

Hal ini disebabkan negara ini mempunyai tradisi atau pengalaman yang sedikit dalam penganjuran sukan-sukan yang besar seperti Sukan Olimpik.

“Persekutuan tidak perlu bimbang dengan prasarana di sana kerana ia sememangnya hebat namun, sudah pasti mereka memerlukan lebih banyak pertolongan pakar dari segi perancangan operasi.

“Jepun tidak mempunyai pengalaman yang banyak, maka mereka perlu menjalinkan hubungan kerja yang diplomatik dengan persekutuan antarabangsa,” petik media Jepun, Kyodo New.

Isu ini diketengahkan selepas beberapa federasi sukan termasuk sukan layar dan besbol menimbulkan keraguan tentang keupayaan Jepun untuk menganjurkan temasya paling berprestij itu kepada tahap Olimpik.

Coates, pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan IOC untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, turut meenjelaskan masalah pengangkutan sebagai satu cabaran utama yang masih ada untuk penganjur.

“Khususnya,kami ingin memastikan para atlet, pegawai teknikal dan penonton dapat sampai ke acara tersebut dengan pengangkutan bertaraf dunia.

“Sebagai contoh, pengangkutan kereta api atau bas yang membawa mereka ke ‘venue’ acara perlu sistematik dan perkara ini masih dalam perancangan rapi yang harus diselesaikan,” kata warga Australia itu.- Reuters

Foto Kredit: Indian Express