Pasaran Portugal hari ini mengumumkan Jenama CR7 milik Cristiano Ronaldo dianggarkan bernilai lebih 100 juta Euro (RM477.8 juta) dan ia setanding dengan minuman wain Portugis (Port) yang merupakan kepentingan buat negara itu.

Menurut Pengarah Institut Pentadbiran dan Pemasaran Portugal (IPAM), Daniel Sa, menjelaskan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan produk Portugal yang cukup terkenal di seluruh dunia.

“Jenama fesyen CR7 Ronaldo dan pembabitan ia dalam perniagaan lain boleh membawa keuntungan kepada negara kami,” ujar Daniel Sa.

IPAM telah mengukur nilai ekonomi jenama itu sejak enam tahun lalu dan menganggarkan sebanyak 102 juta euro (RM482.5 juta) secara keseluruhan walaupun ia datang daripada profil media sosial Cristiano Ronaldo sendiri.

Daniel Sa turut menjelaskan bahawa jenama Ronaldo mempunyai impak yang luar biasa dan kuasa pemasaran tanpa had berbanding dengan bintang Portugal sebelumnya seperti Luis Figo atau Rui Costa.

Christiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, mempunyai 275 juta pengikut di media sosial, serta 121 juta ‘likes’ pada akaun Facebooknya, sekaligus meletakkan dirinya di hadapan penyanyi Colombia, Shakira.

Baru-baru ini, Ronaldo telah mengumumkan akan terus bermain sekurang-kurangnya lima tahun lagi dan sedang mempersiapkan masa depannya di luar padang.

“Ramai pemain menamatkan karier masing-masing tanpa mengetahui apa yang hendak dilakukan selepas itu. Bagi saya, ia jelas sekali untuk menguruskan jenama saya sendiri,” kata Ronaldo.

Sumber: AFP