Sebagai sebahagian daripada Jelajah Kejurulatihan Ragbi HSBC ARFU dan di bawah payung Kejohanan HSBC Asian 5 Nations dan HSBC Asia Sevens Series, Deano Herewini (Penyelaras Program Jelajah Kejurulatihan HSBC ARFU) bersama-sama dengan Pakar Kejurulatihan NPC New Zealand akan menjalankan sesi kejurulatihan ragbi (terbuka kepada semua jurulatih) pada Khamis, 31 Mei, 2012 bermula pada pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Sesi kejurulatihan ini akan bermula sebaik sahaja selesai perlawanan di antara Malaysia menentang China (Divisyen 2).

Sesi-sesi adalah seperti berikut: –

6:30-07:00 (Conditioning)
7:00-07:30 (Scrums)
7:30-8:30 (Serangan dan Pertahanan)

Mereka yang berminat, sila hubungi En. Farid Rahman (+6012 – 572 7232) atau e-mel faridrahman_10@yahoo.com sebelum Selasa, 29 Mei, 2012.

Penyertaan adalah percuma. Sila datang dengan pakaian yang sesuai, kasut latihan dan but.