Connect with:




Berikutan kejayaan edisi tahun 2018, jelajah dunia bola tampar pantai Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) – Terbuka Langkawi (FIVB Beach Volleyball World Tour – Langkawi Open) kembali pada tahun ini. Dipromosikan dan dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd, edisi tahun ini akan berlangsung dari 11 hingga 14 April 2019 di Pantai Tengah di Pulau Langkawi dengan pertandingan untuk kategori lelaki dan wanita yang menarik sepanjang empat hari pertandingan.

“Kami amat gembira kerana dapat menyambut jelajah dunia bola tampar FIVB ke Pulau Langkawi untuk tahun ketiga berturut-turut tahun ini. Berikutan edisi yang berjaya pada tahun 2018, Terbuka Langkawi ini telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah satu pertandingan yang penting dalam kalendar jelajah dunia FIVB, terutamanya untuk pembangunan bakat bola tampar pantai muda dari seluruh dunia.

“Edisi tahun ini juga akan menyaksikan satu langkah penting bagi pembangunan bakat pemain-pemain Malaysia dalam sukan ini dengan penyertaan lebih ramai pasukan dalam kategori lelaki dan wanita, yang merupakan peningkatan yang pasti kepada edisi 2019,” komen Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.

Dengan FIVB sebagai badan pentadbir sukan bola tampar, kejohanan Terbuka Langkawi merupakan sebahagian daripada kejohanan FIVB’s World Tour 1-Star (WT1). Kejohanan tahun ini bakal menyaksikan kehadiran atlet dari lebih 20 negara yang bakal bertanding di Pantai Tengah, Langkawi kelak.

Pertandingan akan bermula dengan perlawanan pusingan kelayakan (qualification) pada hari Khamis (11 April) sebelum perlawanan kategori utama (main draw) pada hari Jumaat (12 April). Perlawanan pusingan 12 dan peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada hari Sabtu (13 April) diikuti dengan perlawanan-perlawanan separuh akhir dan penentuan pingat pada Ahad (14 April).

Kemenangan di Terbuka Langkawi ini dianggap oleh para atlet sebagai penghargaan terbaik dalam pertandingan bola tampar pantai di peringkat antarabangsa. Di samping mata ranking, para pesaing dalam edisi 2019 juga dapat menantikan bahagian dari jumlah wang hadiah bernilai USD $ 10.000.

Kemasukan ke Terbuka Langkawi adalah PERCUMA untuk penonton. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang FIVB Beach Volleyball Workd Tour http://worldtour.2019.fivb.com/en/698 dan di laman Facebook Terbuka Langkawi.