Connect with:




Hari ini akan berlangsungnya perlawanan terakhir AFC peringkat kumpulan H yang melibatkan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan menerima kunjungan Song Lam Nghe An.

Juara AFC 2015, JDT menghadapi tugas berat apabila Harimau Selatan perlu menang dengan jaringan besar iaitu 5-0 tanpa dibolosi jika mahu meneruskan perjuangan. Jika tidak, JDT boleh memberi fokus 100% kepada saingan Liga Malaysia tahun ini dalam misi mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk kali kelima berturut-turut.

Dilihat dari prestasi semasa, skuad JDT tidak berada di prestasi terbaik ketika ini apatah lagi baru-baru ini mereka diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada Pahang dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA. Dari segi moral, mungkin ia sedikit sebanyak menjejaskan persiapan mereka ini.

Malah rekod kebal 52 perlawanan tanpa kalah juga lebur dalam perlawanan tersebut. Jesteru, mampukah JDT kembali mengaum dalam perlawanan malam ini. Jika dilihat, ia misi agak mustahil untuk skuad Raul Longh melakukanya.

Safiq Rahim, Gonzalo Cabera dan Safawi Rasid menjadi sandaran utama JDT malam ini untuk merobek gawang lawan dan menjaringkan gol sebanyak mungkin untuk memastikan misi mustahil menjadi realiti.

Bagi wakil kelab Vietnam, Song Lam Nghe An, mereka kini sebelah kaki untuk ke pusingan seterus dan sudah tentu perlawanan malam ini penulis jangkakan bahawa mereka akan bermain lebih kepada taktikal bertahan. Keputusan seri sudah memadai kepada mereka untuk menamatkan cabarab JDT pada musim ini.

Pendahulu kumpulan H, Persija dilihat tidak akan menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan ke atas Tampines meskipun bermain di tempat lawan.

Namun begitu, harus diingat, dalam perlawanan bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku kerana tiada istilah mustahil dalam bola sepak. Elemen kejutan demi kejutan sentiasa dihiburkan kepada penonton dan diharapkan mala mini juga akan tercatat satu lagi ‘come back’ dari Harimau Selatan.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers