Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super apabila berjaya mengutip tiga mata penting di halaman sendiri setelah menewaskan Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut Negeri Sembilan dilihat lebih tertekan untuk mencari tiga mata penting agar mereka dapat keluar dari zon penyingkiran namun Gonzalo Cabrera memastikan Sang Rusa pulang dengan tangan kosong apabila menjaringkan dua gol untuk JDT.

Dengan kemenangan ini, JDT mendahului liga dengan 8 mata di depan pencabar yang lain dan mereka dilihat semakin selasa untuk mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi sebelum ini.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers