Connect with:




Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal berdepan cabaran sukar menentang Persija Jakarta apabila bertandang ke stadium keramat Indonesia, Gelora Bung Karno pada aksi Kumpulan H Piala AFC, malam esok.

Selain itu, sorakan 70,000 penyokong Persija yang dikenali sebagai ‘Jakmania’ tidak akan melunturkan semangat para pemain JDT kerana sudah biasa beraksi di depan penyokong seramai itu.

Menurut pengendali JDT, Raul Longhi pengalaman seperti ini amat penting buat pasukannya terutama barisan pemain muda yang bakal diturunkan kerana mereka akan lebih yakin dan memberikan sepenuh tumpuan dalam perlawanan itu nanti.

Pasukan Harimau Selatan yang sebelum ini hanya mampu mencatat keputusan seri bertemu Pahang dalam aksi suku akhir pertama Piala FA tidak menunjukkan sebarang faktor kepenatan.

“Tiada alasan (kepenatan) kerana kami menyusun program latihan dengan teliti. Pemain menunjukkan karektor positif dalam latihan.

“Kami sudah bersedia untuk memberi persembahan 100 pertaus dan saya kagum dengan semangat pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sebelum menjalani latihan di Stadium Bung Karno, petang ini, “katanya.

Pada pusingan pertama, JDT berjaya menundukkan Persija dengan keputusan 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Februari lalu.

Namun, Longhi tetap mahu pasukannya berwaspada dengan ancaman Persija kerana mereka merehatkan beberapa pemain utama aksi Liga 1 Indonesia baru-baru ini.

Suasana di Stadium Gelora Bung Karno tidak asing lagi dengan pasukan Malaysia kerana pernah mengalaminya ketika Malaysia bertandang ke stadium berkenaan sehingga terpaksa menaiki ‘baracuda’.

Sumber : BH Online

Foto Kredit : bola(dot)com