Connect with:




 

Marko Simic membuktikan bahawa beliau antara penyerang terbaik ketika ini apabila meledak empat gol untuk membantu pasukannya menewaskan 4-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan peringkat kumpulan AFC CUP 2018 malam tadi.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya. JDT yang merehatkan beberapa pemain utama ternyata memakan diri apabila mereka gagal memberi aksi terbaik dalam perlawanan itu.

20 minit awal permainan, mereka sudah di bolosi 3 gol dengan Simic mudah melakukan hatrik dalam perlawanan itu. Persija Jakarta melengkapkan kemenangan dengan jaringan keempat Simic menerusi sepakan penalti pada minit ke-86.

Kemenangan ini membolehkan Persija Jakarta melonjak ke tangga teratas dalam kumpulan H berkongsi mata dengan Song Lam Nghe An, 10 mata. JDT pula turun ke tempat ketiga dalam kumpulan.

Jika JDT ingin layak ke peringkat seterusnya, mereka perlu menang dengan jaringan besar tanpa di bolosi ketika menentang Song Lam Nghe An dalam perlawanan terkahir peringkat kumpulan nanti. Jika tidak, mereka boleh ucap selamat tinggal dan memberi fokus kepada saingan liga Malaysia.

Foto Kredit : jawapos(dot)com