Connect with:




Johor Darul Tak’zim (JDT) berdepan tugas sukar apabila di undi bertemu dengan pasukan dari pantai timur, Pahang dalam Piala FA di peringkat suku akhir.

Skuad kendalian Raul Longhi terlebih dahulu akan bertandang ke Stadium Darul Makmur dalam perlawanan suku akhir pertama. Bagi pasukan Pahang, mereka sedar ini juga perlawanan yang sukar meskipun bermain di halaman mereka dahulu dan perlu mencatat keputusan positif jika jika tidak mahu berhadapan tugas sukar.

Hal ini kerana, dalam perlawanan kedua nanti, skuad bimbingan Dollah Salleh akan berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos. Seperti yang sedia maklum, JDT begitu kebal di halaman sendiri dan ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada pasukan Pahang dan kelebihan kepada JDT.

Di lihat dari prestasi semasa, kedua-dua pasukan ini ternyata mereka berada di tahap terbaik dan ini sudah pasti akan menambah kerancakan perlawanan suku akhir yang melibatkan kedua-dua pasukan ini nanti.

Untuk rekod tahun lepas, mereka pernah berjumpa sebanyak empat kali dan ia dilihat lebih memihak kepada JDT. Pertemuan kedua-dua pasukan ini juga seperti ulangan suku akhir Piala FA tahun lepas yang menyaksikan Pahang layak ke separuh akhir dengan agregat 4-3.

Foto Kredit : Football Malaysia LLP

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers