Connect with:




Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) satu-satunya wakil tunggal yang akan beraksi di peringkat tertinggi kelab Asia dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 dan  bakal berhadapan dengan juara bertahan, Kashima Antlers dari Jepun dalam satu kumpulan pada 5 Mac depan.

Turut bersama JDT dalam Kumpulan E adalah Gyeongnam FC dari Korea Selatan dan Shandong Luneng dari China.

Perlawanan pertama bakal menyaksikan JDT akan berkunjung menentang juara bertahan Kashima Antlers di Kashima Soccer Stadium, Jepun selepas wakil dari Jepun itu berjaya melayakkan diri apabila menang ke atas wakil dari Australia, Newcastle Jets 4-1 dalam pusingan akhir kelayakan.

Selepas itu, JDT akan menerima kunjungan Gyeongnam FC di Larkin pada 12 Mac 2019 untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Lebih menarik Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos bakal menyaksikan bintang Belgium, Maruome Fellaini dan Itali, Graziano Pellè pada pusingan kedua peringkat kumpulan ketika menentang Shandong Luneng pada 24 April nanti.

JDT bakal menghadapi tugas getir dalam peringkat kumpulan. Walau bagaimanapun, selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Selatan yang telah mencipta sejarah sebagai kelab pertama Malaysia yang bertanding di peringkat tertinggi Asia.

Foto : Facebook JOHOR Southern Tigers