Connect with:




Ketua La Liga, Javier Tebas telah menyelar plan presiden FIFA Gianni Infantino dimana mereka mahu mewujudkan dua kejohanan global yang baru sekaligus Tebas menggangap perkara ini akan merosakkan industri bola sepak di seluruh dunia.

Dalam pada itu, FIFA telah bercadang untuk mengadakan kejohanan ‘Club World Cup’ dengan skala penyertaan pasukan yang lebih banyak iaitu 24 pasukan manakala, ‘Mini World Cup’ pula bakal diadakan dan dikenali sebagai ‘Global Nations League’. Ianya hanya melibatkan 8 pasukan setiap 2 tahun.

“Kewajipan saya adalah untuk melindungi industri bola sepak di Sepanyol dan kejohanan ini akan merosakkan liga bola sepak dan industri bola sepak di sini,” kata Presiden Liga Tebas kepada Financial Times.

Justeru, dua kejohanan itu bakal ditaja oleh syarikat swasta yang bakal membawa keuntungan sebanyak $ 25 billion dalam 12 tahun.

Bagaimanapun, Javier Tebas berkata kejohanan itu hanya akan menguntungkan pasukan yang lebih kaya dan akan mengurangkan saingan kejohanan tempatan.

“Saya sudah berkata kepada Real Madrid dan Barcelona mengenai hal ini,” tambah Tebas.

“Ini akan menyebabkan penyusunan semula liga kebangsaan, kita sudah menghadapi masalah ini di Eropah, kita harus menghadapi dan mencari jalan penyelesaian kerana Piala Dunia akan menjadikannya lebih teruk lagi.

“Infantino telah berusaha untuk meneruskan cadangan dalam tempoh yang sibuk menjelang Piala Dunia di Rusia.

“Nampaknya kita akan kembali ke zaman FIFA yang lama, di mana keputusan dibuat dalam jawatankuasa kecil dan tiada ketelusan dari semua yang terlibat,” kata Tebas.

Foto Kredit: LosPlayer