Connect with:




Pasukan Formula One terkenal, Red Bull telah memutuskan untuk meninggalkan enjin Renault dan bakal menukarkan enjin mereka kepada Honda bermula pada musim depan.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh ketua pasukan Red Bull, Christian Horner pada hari Selasa selepas mereka mencapai kata sepakat dalam perjanjian selama dua yahun.

Kecewa dengan unit kuasa Renault V6, Red Bull telah menhabiskan masa selama empat tahun setengah kurang memenangi gelaran dunia dan menyalahkan puncanya datang dari enjin tersebut.

“Kami kagum dengan komitmen yang dipamerkan Honda kepada F1, termasuk peningkatan pesat sejak kebelakangan ini,” kata Horner.

“Perjanjian dengan Honda ini merupakan penanda aras baru yang menarik dalam usaha Aston Martin Red Bull Racing bersaing bukan sahaja ingin memburu kemenangan Grand Prix tetapi juga juara keseluruhan.

“Kami mengambil keputusan seperti ini secara kurang sopan namun berfikir tentang mampukah kami bersaing di peringkat yang lebih tinggi?” tambahnya.

“Selepas pertimbangan dan penilaian yang teliti, kami yakin kerjasama bersama Honda adalah hala tuju yang tepat untuk pasukan.

Dalam pada itu, Red Bull mencapai persetujuan dengan Honda Motor Co Ltd untuk menggunakan enjin pengeluar Jepun itu untuk musim 2019 dan 2022, lapor satu kenyataan.

Foto Kredit: F1