Antoine Griezmann mampu menghidaupkan kembali peluang tipis Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara di Stamford Bridge menentang Chealsea di London pada awal pagi Rabu.

Atletico perlu menewaskan Chelsea agar kempen mereka untuk layak ke kelompok 16 terakhir buat lima kali berturut-turut terbuka kembali.

Sementara itu, pentas itu juga mampu menjadi platform buatnya untuk menunjukkan bakatnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat.

Sepatutnya, Griezman sudah boleh keluar dari Atletico pada musim panas lalu.

Namun, Griezmann tidak melupakan jasa jurulatih Atletico, Diego Simeone yang telah membantunya dalam menaikkan namanya di peringkat dunia.

Griezmann menyatakan tindakan yang tidak wajar jika dia keluar dari Atletico kerana kelab itu yang membawanya ke kelompok elit bola sepak Eropah selepas membelinya dari Real Sociedad pada 2014.

Beberapa kelab diketuai Manchester United, tampak sanggup memenuhi klausa pembelian semula 100 juta euro (RM484 juta), namun apabila rayuan Atletico terhadap penggantungan pembelian pemain ditolak pada Jun, Griezmann bersetuju untuk kekal. – AFP

 

Foto kredit : Twitter (@AntoGriezman)