Dia juga sedar tentang tanggungjawab yang bakal diharungi pasukannya dan tidak mahu para pemain berfikir mereka mampu dengan mudahnya membolot tiga mata menumpaskan City.

“Kami sentiasa dahagakan kemenangan. Kami tidak fikirkan tentang jurang, tidak sesekali.  Kami hanya memikirkan 54 mata, satu pungutan yang luar biasa. Ia sesuatu yang pelik. Apa yang boleh kami lakukan ialah bermain seperti biasa,  kembali cergas dan bersedia menghadapi perlawanan.

“Kami semua tahu, City adalah sebuah pasukan hebat dan Etihad merupakan gelanggang keramat mereka. Seharusnya, kami perlu ke sana dan bekerja keras bagi mendapatkan keputusan,” katanya kepada laman web rasmi kelab, Liverpoolfc.com.

 Dalam perkembangan lain, akhbar Britain melaporkan Skuad The Citizens sudah mengkaji corak permainan Liverpool Liverpool untuk dijadikan sebagai rujukan apabila menerima kunjungan Reds tidak lama lagi.