Anda Inginkan Bentuk badan Ideal? Disini Ada Waktu Bersenam Yang Ideal

Seperti mana waktu tidur, bersenam juga mempunyai waktu untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan senaman pada waktu pagi, petang atau malam juga.

Sebenarnya anda bebas melakukan senaman pada bila-bila masa sahaja yang anda rasa sesuai untuk anda lakukan, bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

Awal pagi:

Ramai yang gemar melakukan senaman pada waktu pagi kerana bagi mereka waktu tersebut adalah waktu yang terbaik dan bagi sesetengah orang menganggap waktu pagi adalah waktu yang liat untuk lakukan senaman. Jangan rasa risau kerana bersenam pada aktu pagi adalah bonus untuk anda kerana senaman pagi mampu:

Melanjutkan Kesegaran Dan Mood

Bersenam 20 minit di awal pagi mampu memberikan kesegaran dan keceriaan secara berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan yang diberikan.

 Aktiviti pembakaran kalori berterusan

Jika anda bersenam badan akan membakar sebanyaak 420 kalori tenaga, kajian mendapati bahawa pembakaran tenaga secara berterusan walau anda sudah hais bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Hal ini akan membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan kekal bepanjangan.

Petang Dan Malam:

Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu: Mengurangkan tekanan yag dihadapi seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan fokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas yang positif. Bersenam waktu malam juga dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

Lebih manfaat buat anda jika bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam. Kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.