Connect with:




Skuad hoki negara bakal berdepan ujian getir apabila diundi dalam kumpulan maut menjelang saingan Piala Dunia di Bhubaneswar, India dri 28 November sehingga 16 Disember depan.

Bekas petahanan negara, Maninderjit Singh yang pernah di dua edisi Piala Dunia berkata, skuad negara perlu kekal positif kerana peluang masih ada.

Format kejohanan kali ini membabitkan 16 pasukan dan empat pasukan teratas setiap kumpulan layak secara automatik ke suku akhir sementara pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga setiap kumpulan perlu beraksi dalam pusingan cross-over untuk mengisi baki empat empat slot ke suku akhir.

Ini bermakna skuad negara masih mempunyai peluang sekiranya menamatkan saingan peringkat kumpulan sekurang-kurangnya di tempat ketiga.

Anak buah Stephen Van Huizen diundi dalam Kumpulan D bersama tiga bekas juara dunia, Jerman. Belanda dan Pakistan.

“Mujur ada format seperti ini, jadi Malaysia masih ada peluang ke suku akhir.

“Macam yang saya katakan sebelum ini, apabila kita menentang pasukan Asia, kita sangat bagus dan mampu memberi saingan.

“Tapi bila bertemu pasukan Eropah, jurangnya masih jauh. Sebab itu kita perlu berterima kasih kepada format baru ini kerana memberi kita peluang untuk ke suku akhir,” katanya.

Menurut Maninderjit, adalah sukar buat skuad negara untuk menewaskan Jerman dan Belanda tetapi beliau yakin Malaysia mempunyai peluang untuk menewaskan Pakistan sekali gus cuba menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan.

Empat tahun lalu, skuad negara menamatkan saingan di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bertanding di the Hague, Belanda.

Pencapaian terbaik negara adalah menduduki tempat keempat pada Piala Dnia 1975 di Kuala Lumpur.

Foto Kredit : suaraperak(dot)com