Connect with:




Syarikat penyiaran telah diarahkan untuk mengehadkan kamera mereka daripada terus fokus tertumpu ke arah penonton wanita yang ‘cantik‘ pada perlawanan Piala Dunia Russia, kata Ketua Bahagian CSR.

Federico Addiechi memberitahu badan induk bola sepak dunia harus bekerjasama untuk menangangi gejala ‘seksisme’ sepanjang Piala Dunia berlangsung.

“Kita telah memberitahu kepada beberapa syarikat penyiaran swasta dan juga kepada perkhidmatan siaran utama kami,” katanya.

Dari sudut lain, Kumpulan Anti-Diskriminasi, Fare Network menegaskan masalah seksisme semakin menjadi runcing di Rusia pada tahun 2018.

Lebih membimbangkan, sebanyak 30 kes telah diterima tatkala temasya Piala Dunia sudah bermula.

Apabila ditanya tentang tindakan untuk mengurangkan penyokong wanita sebagai ‘duta’ rasmi FIFA, Addiechi menjelaskan kemungkinan perkara ini bakal dipertimbangkan pada masa akan datang.

“Sekarang ini, ia bukanlah “kempen proaktif” tetapi FIFA akan mengambil tindakan terhadap perkara yang salah.”

Dia bagaimanapun turut memberitahu FIFA telah bekerjasama dengan pihak penganjur tempatan dan polis Rusia untuk mengenalpasti salah laku seksisme termasuk sebahagian daripadanya telah kehilangan ID-FAN(kad akses ke stadium) dan terpaksa meninggalkan negara tersebut.

Foto Kredit: Cartagenaplay