Connect with:




Selain harus memperkemaskan bahagian pertahanan, Harimau Malaya perlu lebih fokus dalam padang memandangkan gema sorakan penyokong lawan sememangnya kuat.

Dalam pada itu, media Vietnam melaporkan sorakan penyokong Vietnam ketika meraikan gol pembukaan yang dijaringkan Nguyen Quang Hai pada separuh akhir kedua bertemu Filipina di Stadium Nasional My Dinh mencecah hingga 121.7 desibel yang menyamai kekuatan bunyi guruh.

Menerusi keputusan 2-2 dicetak pada aksi pertama, anak buah Tan Cheng Hoe dilihat tidak memiliki kelebihan dan tiada jalan lain untuk merangkul kejuaraan selain perlu meraih kemenangan ke atas lawan.

Dengan kelebihan dua gol dari pihak lawan di tempat kita, iaitu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sudah pasti ia mampu menyemarakkan aura suasana Stadium Nasional My Dinh, Sabtu ini.

Namun, kita mempunyai 3000 ekor Harimau Malaya yang dapat membantu membakar semangat skuad negara untuk menjulang kemenangan.

Foto: Lensa Wahab