Connect with:




Bintang bola sepak Andres Iniesta yang baru sahaja berpindah ke kelab J-League, Vissel Kobe meninggalkan Barcelona bakal menggunakan nombor 8 sebagai nombor jersinya.

Hal ini bermakna nombor yang sebenarnya dimiliki Hirotaka Mita telah ‘dirampas’ Iniesta sebagai nombor yang akan digunakan sepanjang musim pertama dia beraksi.

Namun, bagi Mita, dia tidak kisah dan rela memberikan nombornya itu kepada Iniesta yang dianggap sebagai idolanya suatu ketika dahulu dan kini beralih kepada nombor 7.

Lebih mengejutkan, J-League telah mengubah beberapa peraturan yang membabitkan nombor jersi pemain demi Iniesta.

Dalam pada itu, dia yang berhijrah ke Viseel Kobe pada separuh musim 2019 itu menyaksikannya memilih nombor 8 iaitu nombor kegemarannya.

Kelab negara sakura ini pada musim sebelumnya sememangnya tegas dalam peraturannya yang tidak mengizinkan mana-mana nombor jersi ditukar pada pertengahan musim.

Namun, mereka terpaksa mengubah peraturan tersebut selepas kemunuculan Iniesta dalam kelab mereka.

Fernando Torres, juga turut mendapat keistimewaan dari undang-undang tersebut. Bekas penyerang Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea ini menggunakan nombot 9 yang sebelumnya dipakai oleh penyerang asal Korea Selatan, Cho Dong-geonyang yang terpaksa bertukar ke angka 19.

Foto Kredit: FB Andre Iniesta