Md Izzat Zaidi Salehan memberikan cabaran awal apabila berjaya mendahului sesi kelayakan kategori CP150 pada saingan hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Pasir Puteh Sentral, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu mencatat masa terpantas 53.171s mengatasi Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang dilihat kembali menemui prestasi terbaik apabila kembali ke kelompok pelumba terbaik dengan catatan 53.281s.
Pelumba yang baharu beraksi dalam kategori CP150 bersama pasukan Onexox TKKR Racing, Md Hafiza Rofa mencipta kejutan apabila muncul pelumba ketiga terpantas setelah mencatatkan masa terbaik 53.519s.
“Saya sendiri tidak menjangka dapat mencatat masa terpantas kerana masih bergelut untuk mendapatkan pelarasan dan aksi terbaik di sini. Lagipun catatan saya pada sesi latihan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan Fazli,” jelas Izzat.
Tambahnya, “Mungkin faktor jentera banyak membantu pada hari ini. Selain pelarasan yang lebih baik, kami juga menggunakan beberapa peralatan baru yang membantu saya untuk mengendalikan jentera dengan lebih baik. Namun, masih terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan dan agak sukar untuk menjangkakan siapa pelumba terbaik pada sesi Superpole esok.”
Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 53.602s manakala Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) muncul pelumba tunggal jentera Honda yang layak ke sesi Superpole dengan catatan 53.545s
Keputusan Sesi Kelayakan
CP150
1 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.171s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.281s
3 Md Hafiza Rofa (TRG) Onexox TKKR Racing Team 53.519s
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.539s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.541s
CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 53.560s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.807s
3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 54.554s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.602s
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54.721s
WIRA
1 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian  55.432s
1 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 55.463s
2 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.690s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.523s
4 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 55.795s
5 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 55.837s