Connect with:




Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan Red Giants bakal kembali menggunakan gelanggang Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi bagi kempen Piala Malaysia tahun ini selepas dua musim mengharungi Liga Malaysia dengan ‘menumpang’ di laman lawan.

Perkara ini diumumkan semalam selepas setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pengurusan baharu FAS akan mengambil pendekatan baru untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri tersebut.

“Surat permohonan yang dihantar kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) beberapa hari lalu sudah pun mendapat kelulusan badan pengendali liga untuk memberi kebenanran kepada Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

“Selangor sah berpindah ke Stadium Shah Alam untuk aksi Piala Malaysia.

Dia juga berharap berita gembira ni mampu menjadi penyuntik semangat buat pemain dalam memburu Piala Malaysia buat kali ke-34 memandangkan stadium itu sudah sebati dengan pasukan tersebut, lapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Selangor terpaksa menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai gelanggang rasmi pada musim lalu.