Itali perlu bermain dengan cemerlang dan memanfaatkan baki dua perlawanan terakhir sekiranya mahu layak ke Russia tahun depan.

Pengendali Itali, Giampeiro Ventura menegaskan anak buahnya untuk menunjukkan mutu perlawanan yang cantik agar skuad Azzuri berpeluang mengisi slot pada kejohanan tersebut.

Itali yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan G mungkin akan bermain menerusi perlawanan ‘play-off’ bagi memastikan mereka layak ke Piala Dunia.

Dalam masa yang sama,skuad Itali telah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Marco Verratti, Lorenzo Pellegrini dan Andrea Belotti yang mengalami kecederaan pada minggu lalu.

Ketiadaan tonggak utama bakal memberi impak kepada prestasi skuad Itali.

Namun, ketiadaan mereka bakal diisi dengan beberapa pemain dari bangku simpanan yang akan membantu Itali menerukan kempen Piala Dunia Russia.

Pemain gantian perlu memastikan kredibiliti mereka sebagai pemain kebangsaan ditujuk sebaik mungkin pada perlawanan akan datang bertemu Macedonia dan Albania.

Foto Kredit: Indosport