Connect with:




Buat kali pertama sejak 1958 Itali gagal untuk melangkah ke Piala Dunia selepas terikat tanpa jaringan dengan Sweden awal pagi tadi.

 

Juara empat kali Piala Dunia itu pada awalnya mendominasi perlawanan namun gagal untuk mencipta sebarang jarongan sehingga ke wisel penamat.

 

Dengan jaringan tunggal Jakob Johansson tempoh hari sudah cukup memadai buat Sweden untuk menepah slot ke Piala Dunia Rusia 2018 selepas pemain itu membuat penampilan pertama dalam kejohanan yang besar itu.

 

 

Ekoran daripada itu, penjaga gol vateran Itali, Gianluigi Buffon mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara dalam arena bola sepak antarabangsa selepas Itali gagal untuk melangkah ke Piala Dunia Rusia 2018.

Foto Kredit: Bleacher Report

Berikut adalah penglibatan Buffon sebagai penjaga gol.

  1. Dia tertarik untuk menjadi seorang penjaga gol sejak berumur 10 tahun lagi apabila melihat aksi yang memukau penjaga gol Cameroon, Thomas N’Kono.

 

  1. Pasukan pertamanya ialah Parma pada tahun 1991, pada 1996 Buffon doturunkan sebagai kesebelasan utama bagi pasukan Parma.

 

 

  1. Pada tahun 2001, dia menerima tawaran daripada Juventus dengan bayaran penjaga gol termahal pada ketika itu dengan, 51 juta Euro serta menjadi kesebelasan utama dalam skuad Itali.

 

  1. Pencapaian sepanjang kerjaya dalam bola sepak ;

 

  • UEFA Best Player – Juventus.

 

  • Memenangi Piala Dunia Jerman 2006.

 

  • Lapan kali (8) Italian Champion bersama Juventus.

 

  • Tiga kali (3) juara Piala Itali – 1 Parma, 2 Itali

 

  • Enam kali (6) juara Piala Super Itali – 1 Parma, 5 Juventus.

 

  • Sekali (1) juara piala UEFA bersama Parma.

 

  • Sekali (1) juara Piala Eropah Bawah 21 bersama Itali.

 

  • Sekali (1) Italienischer Zweitligameister bersama Juventus.

 

Foto Kredit: Daily report