Connect with:




Isu Doping dalam sukan adalah perkara yang paling menakutkan bagi atlet kerana tersilap langkah sudah pasti reputasi atlet itu akan terjejas.

Apabila atlet itu mula terpalit dengan isu doping, prestasi atlet itu mula menurun dan ini sudah tentu akan memberi kesan kepada atlet itu sendiri dan kesan kepada negara dalam acara yang akan di sertai.

Kes terbaru, atlet muda lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah di dapati bersalah menggunakan doping dan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menggantung beliau selama empat tahun.

Hal ini sudah tentu bukan sesuatu yang bagus untuk perkembangan sukan di Malaysia. Kadang kala atlet itu tidak sedar menggunakannya atas sebab-sebab tertentu seperti mengamalkan pemakanan yang telah disediakan atau mengamalkan produk untuk kekalkan prestasi atlet itu.

Antara atlet yang pernah di dapati bersalah menggunakan doping adalah Datuk Lee Chong Wei (badminton), Sazali Samad (angkat berat), Wandy Ng Yan Yee (terjun), Hafifi Mansor (angkat berat), S. Kumar (hoki), Rafi Manaf (muay thai) dan ada beberapa atlet lagi.

S. Kumar

Mereka yang di dapati bersalah ini sudah tentu akan di gantung mengikut jenis kesalahan mereka. Contoh seperti Lee Chong Wei di gantung 8 bulan, Sazali Samad pula empat tahun dan S, Kumar digantung 2 tahun dari sebarang aktiviti hingga kes beliau selesai.

Foto Kredit : bm.cari.com.my.