wpid-dunia-sukan-image-for-website-story17-300x200.jpeg

Persatuan Sepak Takraw  Malaysia (PSM) sedia bekerjasama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM3.5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia daan Sukan (KBS), lima tahun lepas.

Setiausaha Agung PSM Datuk Arshad Yahya berkata setakat ini, beliau tidak
dapat memberi sebarang kenyataan atau pengesahan berhubung dakwaan itu bahawa beberapa pegawai PSM disoal siasat SPRM mengenai perkara itu sejak minggu lepas.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku,” katanya ketika diminta mengulas mengenai
siasatan SPRM berhubung cara badan induk itu membelanjakan dana program pembangunan sukan sepak takraw pada 2007.

Arshad juga enggan mengulas mengenai dakwaan Persatuan Sepak Takraw Perlis
(PSTPs) bahawa badan induk itu tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada
persatuan negeri bagi program pembangunan mereka sejak 2007.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM menyoal siasat beberapa pegawai PSM
bagi mengetahui bagaimana mereka membelanjakan dana tersebut.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi
mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.- BERNAMA