Connect with:




Untuk kali pertama, Piala Dunia FIFA 2018  yang berlangsung di Rusia nanti akan disiarkan secara percuma menerusi televisyen Israeli dengan ulasan Bahasa Arab ke negara timur tengah.

Halaman Facebook berbahasa Arab Kementerian Luar Negeri mengumumkan minggu lalu bahawa Perbadanan Penyiaran Israel akan menyiarkan permainan menerusi satelit dalam bahasa Arab secara percuma.

Sementara itu, menurut portal Mesir Bebas, IBC (Kan) membeli hak penyiaran untuk kira-kira RM30.4 juta dan akan menyaingi liputan saluran telivisyen Qatar pada Piala Dunia di negara-negara seperti Mesir, Jordan dan Lubnan.

Berikutan alternatif percuma yang ditawarkan, kemungkinan peminat bola sepak di negara Timur Tengah bakal berpaling kepada liputan Israel daripada memilih untuk membayar sebanyak RM170 bagi setiap isi rumah untuk menonton Piala Dunia di liputan Qatar.

Sehubungan itu, Piala Dunia yang akan bermula pada 14 Jun di Moscow menampilkan Mesir muncul untuk kali ketiga dan merupakan penampilan pertama dalam hampir tiga dekad.

Walaubagaimanapun, seorang pengulas televisyen Mesir menyifatkan langkah Israel itu sebagai “tamparan hebat untuk Qatar” dan menekankan krisis diplomatik yang sedang berlaku antara Qatar dan negara-negara Arab yang lain.

Pembaca televisyen Mesir, Ahmed Mussa memberi amaran kepada penonton supaya berhati-hati dengan Israel yang dapat menghantar mesej kepada dunia Arab melalui siarannya.

“Tidak ada perbezaan, Israel dan Qatar adalah musuh bagi saya,” kata Mussa.

Israel pernah layak sekali ke Piala Dunia pada 1970 itupun hanya apabila dua lawan pusingan kelayakan mereka ialah ‘bye’ dan tarik diri.