Connect with:




Pemain Perancis, Paul Pogba mendedahkan bagaimana Islam telah memberikannya ketenangan selain membantu menjadikannnya individu yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Dalam satu podcast ‘Life Times’yang diterbitkan akhbar The Times, Pogba memberitahu walaupun dibesarkan oleh ibunya yang beragama Islam, dia tidak mengamalkan agama tersebut dari kecil.

Semuanya berubah selepas dia merasakan hilang arah kerana dibelenggu banyak masalah.

“Saya mempunyai ramai rakan-rakan beragama Islam. Satu hari, saya menunaikan sembahyang bersama dengan mereka. Saya rasa satu perasaan yang sangat bagus ketika itu” tambahnya.

“Sejak itu saya berubah. Sebagai muslim, kita perlu menunaikan solat 5 waktu sehari. Sentiasa berdoa memohon keampunan” katanya yang menunaikan umrah ketika bulan Ramadan yang lepas.

Pogba turut menambah Islam sering digambarkan dengan persepsi yang salah oleh para media.

“Apa yang digambarkan oleh media bahawa Islam agama keganasan adalah sangat berbeza. Islam sebenarnya sangat indah.

“Islam telah membuka mata dan fikiran saya, menjadikan saya seorang insan yang lebih baik”.

Dalam podcast tersebut, Pogba turut berkongsi padangan terhadap kritikan keras yang diterimanya selepas musim yang mengecewakan dengan Manchester United serta kejayaan meraih Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Anda boleh mendengar podcast tersebut diĀ https://play.acast.com/s/lifetimes/lifetimeswithpaulpogba?autoplay