Menurut presiden Real Madrid, Florentino Perez, berkata bahawa salah satu bintangnya, Isco, telah setuju kontrak baru dengan 12 kali Juara Eropah, Real Madrid.

Isco diikat sehingga pertengahan 2018 tetapi Perez berkata bahawa kontrak baru telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dengan Real Madrid akan mengumumkan perjanjian itu dalam masa yang terdekat.

Penyerang itu telah beraksi dengan cemerelang pada awal musim ini, dan membintangi di peringkat antarabangsa, menjaringkan dua gol untuk Sepanyol dalam kemenangan 3-0 ke atas Itali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, Sabtu lalu.

“Isco tiba di sini ketika dia sangat muda dan semua yang telah dilakukannya bertambah baik,” kata Perez kepada Cadena SER.

“Dia kini bermain seperti mana yang kami sangkakan.

“Kami akan mengumumkan pembaharuan kontraknya pada masa akan datang, pembaharuan yang merupakan perjanjian yang telah disetujui,” ujarnya.

Pada 8 Ogos lalu, Isco juga telah membantu Real Madrid mengatasi Manchester United dalam Piala Super UEFA 2017, dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1.

Foto Kredit: Muzul