Connect with:




 

Anak Didier Drogba, Isaac Drogba, 17, telah menyertai kelab Ligue 1, Guingamp yang berhijrah dari kelab Chelsea bagi meneruskan karier selaku pemain profesional.

Isaac yang bermain di posisi penyerang akan bermain dengan pasukan B19 kelab itu.

Sebelum ini, bapanya juga pernah bermain bersama kelab Guingamp sebelum berhijrah ke kelab lain. Mungkin ini satu langkah yang diinginkan oleh Drogba untuk jadi sepertinya.

Isaac Drogba mempunyai dua kerakyatan iaitu Perancis dan Ivory Coact. Mungkin satu hari nanti Isaac akan bermain untuk negara Perancis bersama-sama Paul Pogba, Griezman, Lacazatte dan beberapa lagi pemain ternama skuad Perancis.

Namun ketika wawancara bersama Drogba pada 2015, anaknya dilahirkan di Perancis namun ingin bermain untuk pasukan England.

Negara manakah yang akan di wakili oleh Isaac Dogba pada masa akan datang atau beliau akan balik bermain bersama Ivory Coact? Sama-sama kita tunggu perkembangan beliau dari semasa ke semasa.

Di harapkan Isaac akan menjadi seperti bapanya yang merupakan penyerang yang begitu cemerlang terutama ketika bermain untuk Chelsea.

Foto Kredit : fb EAG – En Avant de Guingamp