Pengendali Ireland Utara, Michael O’Neill yakin pasukannya akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia apabila berhadapan Switzerland pada aksi playoff, awal pagi esok.

Kemenangan bermakna The Green and White Army akan layak untuk Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986, di mana mereka gagal untuk melepasi peringkat kumpulan.

Ireland Utara telah layak ke Piala Dunia sebanyak tiga kali (1958, 1982, 1986) dalam sejarah mereka dan membuat penampilan sulung mereka di kejohanan Eropah pada 2016.

 

REKOD TERBAIK IRELAND UTARA

Foto Kredit: thosemagicalnights

  • Sehingga tahun 1950-an, pertandingan utama untuk Ireland Utara adalah Kejohanan Rumah British (British Home Championship).
  • Mereka telah menjulang piala itu sebanyak lapan kali, dengan England memegang rekod untuk kemenangan terbanyak sepanjang masa, 54 kali.
  • Namun, mereka merupakan pemenang terakhir pertandingan itu yang kini telah dibubarkan pada tahun 1984.
  • Oleh itu, mereka tetap digelar juara British selama 33 tahun dan trofi itu menjadi hak milik pihak FA Ireland.

 

Foto Kredit: Twitter (Northern Ireland)