Tiga tonggak utama skuad Ireland, pertahanan Richard Keogh, pemain tengah James McCarthy dan penyerang Sean Maguire terpaksa diketepikan dalam aksi playoff Piala Dunia menentang Denmark pada Sabtu ini.

 

Keogh mengalami masalah pangkal paha manakala McCarthy dan Maguire berdepan kesakitan hamstring, tiga pemain tersebut sudah pun berada dalam empat pemain dinamakan Martin O’Neill untuk dua perlawanan di Stadium Parken.

 

Jatuh bangun bolasepak Ireland.

 

  1. Dalam bolasepak, mesti ada turun dan naik sesuatu pasukan itu. Sama juga seperti Ireland yang pernah mengalami kekalahan 7-0 ketika menentang Brazil pada 27 Mei 1982.  Kekalahan itu adalah kekalahan yang terbesar pernah mereka alami sepanjang zaman.

 

  1. Kemudian, mereka bangkit semula dengan membalas dendam atas kekalahan mereka ketika menentang Malta dengan jaringan 8-0 mengatasi Malta.

 

  1. Mereka menang dalam perlawanan terakhir pada aksi kelayakan Piala Eropah 1984, Dalymount Park, Ireland.

 

  1. Yang turut membuat jaringan itu ketika itu adalah;

 

  • Mark Lawrenson- dua jaringan
  • Liam Brady- dua jaringan
  • Frank Stapleton- sepakan penalti
  • Kevin O’Callaghan
  • Kevin Sheedy
  • Gerry Daly

 

Foto Kredit: Wikipedia, Ireland National Football Team