Connect with:




Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tekad untuk memotong kos penganjuran Olimpik Musim Sejuk 2026, sebanyak 30 peratus kadar pemotongan dalam dua tahun menjadi satu tahun kepada tuan rumah yang berpontensi.

Masalah yang timbul adalah, IOC kekurangan pencalonan untuk penganjuran Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk.

Hanya Kazakhstan dan China menjadi calon untuk kejohanan ini selepas Jerman dan Norway telah menarik diri daripada bertanding untuk menjadi tuan rumah.

Bagi temasya Olimpik Musim Panas, Jerman, Itali dan Hungary sudah menarik diri dari pembidaan tersebut, namun hanya tinggal Perancis dan Amerika Syarikat yang masih bertanding untuk merebut hak penganjuran kejohanan berkenaan.

Sementara itu, peluang cerah buat Sion bertanding bagi Olimpik Musim Sejuk selepas kerajaan Switzerland menyatakan hasrat untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik 2026.

Sion juga sering tersenarai sebagai tuan rumah yang juga berpontensi untuk kejohanan 2026 dengan adanya bandar raya yang berminat akan membentangkan pelan secara rasmi pada 2019. – AFP