Connect with:




Lagenda bola sepak England, David Beckham memberitahu kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) miliknya akan dipanggil sebagai Club Internacional de Futbol Miami atau Inter Miami.

Dalam pada itu, Inter Miami bakal membuat debut MLS mereka pada 2020 di padang sementara sebelum mereka bermain di  stadium sendiri yang digelar Miami Freedom Park, dengan kapasiti 25 000 penonoton, dijangka siap setahun selepas itu.

Logo kelab yang turut diperkenal mempamerkan lambang dua ekor burung heron yang berwarna putih membawa maksud nilai ‘antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan impian besar’ dengan gabungan warna merah jambu hitam dan putih.

“IIa merupakan suatu penghormatan buat saya untuk mengumumkan nama dan logo baru pasukan kepada orang ramai. Ia sememangnya merupakan hari yang sangat membanggakan buat seluruh pasukan kami.

“Kami mengambil pendekatan yang penting dalam menubuhkan kelab berkenaan dan ini menandakan momen penting dalam sejarah  Internacional de Futbol Miami.” Kata Beckham pada Rabu.