Connect with:




Telah banyak yang memperkatakan kelebihan apabila seseorang itu melakukan plank terutamanya kepada orang yang gemar aktiviti senaman. Untuk anda yang masih tidak tahu tentang senaman ringkas tetapi memberikan impak yang besar ini, plank merupakan senaman berat badan yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh penggemar aktiviti kesihatan.

Tidak dapat dinafikan plank merupakan senaman sangat ringkas yang tidak memerlukan apa-apa bantuan alatan. Plank juga merupakan senaman yang paling efektif yang wajib anda lakukan setiap hari. Mengapa? Kerana ia senaman yang tidak memerlukan kos dan ia mampu memberikan impak yang luar biasa kepada anda dalam jangka masa yang pendek.

Sebelum anda melakukan plank, anda terlebih dahulu perlu mengetahui tentang keperluan untuk anda melatih tenaga teras. Ia sebenarnya berkait rapat dengan otot teras anda yang teletak di bahagian tengah badan.

Ia merupakan otot yang sering anda gunakan setiap hari dalam semua pergerakan. Ia juga merupakan otot yang menyambungkan kesemua tangan dan kaki, jadi ia mempunyai fungsi yang sangat penting.

Oleh itu, jika anda melakukan plank ini setiap hari, anda akan merasai 7 perkara yang bakal memberi kesan kepada anda.

  1. Meningkatkan Kekuatan Teras Badan

Plank merupakan senaman ideal yang mampu memebrikan kekuatan otot abdomen dan ia sekali gus mampu menstabilkan kekuatan teras badan. Antara otot yang diperkuatkan di bahagian abdomen ialah tranverse abdominus, external oblique, rectus abdominus dan glutes.

  1. Merendahkan Risiko Kecederaan Belakang

Senaman plank juga mamp menguatkan otot di bahagian belakang. Apabila anda berjaya menguatkan otot badan ia sekali gus mampu melindungi kecederaan luar di bahagian tulang belakang dan pinggul. Menurut American Council on Exercise, seseorang yang melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia juga memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.

  1. Memperbaiki Postur Badan

Masa kini ramai yang ambil remeh tentang postur badan. Tahukah anda postur badan ketika anda berdiri merupakan salah satu pandangan pertama kepada orang lain. Selian itu, kedudukan postur badan yang betul juga akan memastikan tulang dan sendi anda akan menjadi lebih sihat. Ia juga dapat mengurangkan tekanan yang tidak elok kepada badan anda.

  1. Meningkatkan Metabolism

Selain itu, seseorang yang melakukan plank setiap hari pastinya akan merasai perubahan dalam amsa yang singkat. Otot yang anda bina dengan melakukan plank memastikan segala kalori yang anda makan dapat dibakar dengan sempurna. Melakukan plank kira-kira 2-10 minit sehari sudah mampu meningkatkan kadar metabolism anda.

  1. Kesimbangan Lebih Sempurna

Pernahkah anda berdiri dengan sebelah kaki, tetapi anda tidak mampu berdiri tegak dengan lama? Jika anda tidak berjaya berdiri lebih daripada 10 saat, ini bermakna keseimbangan badan anda sangat lemah. Jadi bagaimana anda ingin meningkatkan keseimbangan badan anda? Ianya sangat mudah. Cuma anda perlu melakukan plank setiap hari. Melakukan plank setiap hari mampu melatih otot abdomen untuk memberikan sokongan keseimbangan semasa anda berdiri.

  1. Lebih Fleksibel

Selain senaman plank memberikan kekuatan otot abdomen dan badan, plank juga akan meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Antara bahagian badan anda yang akan menjadi lebih fleksibel ialah bahu, tulang kipas dan tulang selangka. Manakala aktiviti regangan semasa plank juga mampu meningkatkan fleksibiliti di bahagian kaki, pehan dan juga badan.

  1. Kesihatan Mental

Plank juga mampu memberikan kesan secara tidak langsung keapda sistem saraf anda. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental. Senaman plank juga mempunyai elemen merehatkan diri yang boleh menenangkan fikiran anda.

Hah! Macam mana? Anda sudah bersedia untuk melakukan plank setiap hari. Itulah antara 7 perkara yang bakal anda rasai jika anda membuat aktiviti senaman plank setiap hari