Connect with:




Impian skuad negara bawah 16 tahun untuk mara ke final kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang kedua tidak kesampaian selepas mereka tewas 1-0 ke atas tuan rumah Indonesia pada aksi separuh akhir, semalam.

Kekalahan anak buah Raja Azlan Shah Raja Sho’ib turut menyaksikan mereka gagal mengikut jejak skuad Bojan Hodak B-19 yang memenangi Kejohanan AFF bawah 19 tahun bulan lepas.

Kejohanan yang berlangsung di di Stadium Delta Sidoarjo di Surabaya dipenuh dengan aksi bertenaga dan seimbang dalam babak pertama.

Namun, hanya sepakan penalti yang memisahkan kedua-dua pasukan selepas penjaga gol Abdul Alim Al Amri Ali menolak Mohammad Supriadi dalam kotak tersebut pada minit ke-70.

 Rekod Malaysia B-16 (pasukan kedua)  di AFF 2018:-

1- Skuad Raja Azlan memenangi tiga perlawanan iaitu, kemenangan- 6-1 menentang Brunei, 4-0 menentang Singapura dan 1-0 menentang Laos, selepas kalah 1-0 ke Thailand dalam pertembungan kumpulan B mereka.

2- Kali pertama Malaysia mara ke final kejohanan itu pada tahun 2013, apabila pasukan itu berjaya memenangi gelaran berkenaan.

3-Malaysia akan bertemu Myanmar pada pusingan kalah mati bagi merebut tempat ketiga kejohanan tersebut.

Foto Kredit: FAM Malaysia


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik link https://duniasukan.com/my-account/