Malaysia Tigers tewas kepada skuad Indonesia Rajawali 2-1 dalam aksi Kumpulan K, Piala Axiata di Stadium Badminton, Cheras, malam tadi.

Foto : ArepKULAL/AXIATA/TSA

Perseorangan utama, Muhammad Hafiz Hashim tewas kepada pemain Indonesia yang kurang ternama, Hayon Rumbaka dengan 21-16, 18-21, 10-21.

Foto : ArepKULAL/AXIATA/TSA

Nasib malang menimpa beregu Koo Kean Kiet/Tan Boon Heong apabila turut tewas kepada pasangan Angga Pratama/Rian Agung Saputro dengan tiga set, 10-21, 21-18, 21-13.

Foto : ArepKULAL/AXIATA/TSA

Liew Daren menyelamatkan maruah negara apabila menumpaskan Shesar Hiren Rhustavito dengan 21-19, 21-13.

Dengan keputusan ini, skuad Malaysia dan Indonesia mengelak bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir.

Malaysia Tigers akan bertemu dengan Indonesia Garuda sementara Indonesia Rajawali akan bertemu Malaysia Leopards pada 30 Mac dan 1 April nanti dengan format timbal balik.