Connect with:




Hasrat Indonesia untuk muncul juara dalam empat kategori tidak kesampaian apabila hanya pemain perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan regu lelaki, Marcus Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya Sukamuljo muncul juara apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan akhir di Kejohanan Indonesia Master.

Anthony berjaya menewaskan lawan dari Jepun, Kazumasa Sakai 21-13, 21-12 manakala regu lelaki Indonesia berjaya menewaskan pasangan dari China, Li Junhui-Liu Yuchen yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan, 11-21, 21-10, 21-16.

Hasrat peminat Indonesia untuk menyaksikan pemenang pingat emas sukan Olimpik Rio de Janeiro regu campuran, Tontowi Ahmad- Liliyana Natsir untuk muncul juara di halaman tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan China, Zheng Siwei- Huang Yaqiong 14-21, 11-21.

Ayata Takahashi (kiri), Misaki Matsutomo (kanan)

Regu wanita dari Japan, Misaki Matsutomo- Ayata Takahashi sekali lagi mengecewakan peminat tuan rumah apabila menewaskan pasangan Indonesia, Greysia Polii- Apriyani Rahayu 21-17, 21-12.

Tai Tzu Ying

Untuk perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan berjaya muncul juara apabila menewaskan wakil dari India, Saina Nehwal 21-9, 21-13.
Kejohanan Indonesia Master ini telah bermula dari 23 hingga 28 Januari 2018

Foto Kredit : Indonesia Master 2018