Connect with:




Indonesia telah mengemukan bidaan untuk menjadi tuan rumah temasya terbesar dunia, Sukan Olimpik 2032 selepas negara jiran itu berjaya mengendalikan Sukan Asia tahun lalu.

Duta Indonesia di Switzerland, Muliaman Hadad telah mengemukan surat bindaan rasmi dari Presiden Joko Widodo kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne minggu lalu, kata menteri luarnya bagi mengesahkan kenyataan itu dalam AFP.

“Bidaan ini adalah waktu yang sesuai untuk Indonesia menunjukkan kemampuan selaku sebuah negara yang besar,” kata Hadad.

Pada zahirnya Widodo nyata berminat menjadikan Indonesia sebagai tuan rumah dalam penganjuran Olimpik 2032 di ibu kota Indonesia, Jakarta. Di mana lokasi yang sama ketika penganjuran acara sukan kedua terbesar di dunia selepas sukan Olimpik iaitu Sukan Asia tahun lalu.

Pada masa yang sama, India juga telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2032, manakala Korea Selatan dan Korea Utara juga berminat untuk membida.

IOC telah dijadualkan akan mengumumkan tuan rumah bagi Olimpik 2032 pada 2025. Jika Indonesia berjaya menjadi tuan rumah maka negara jiran itu menjadi tuan rumah negara Asia keempat menganjurkan Sukan Olimpik selepas Jepun, Korea Selatan dan China.

Sukan Olimpik selepas ini akan dianjurkan oleh Jepun di Tokyo pada 2020 manakala Paris, Perancis pada 2024 dan Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2028.