Connect with:




 

Hasrat skuad baminton campuran negara untuk mengekalkan kejuaraan untuk empat edisi berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas kepada India 1-3 dalam perlawanan akhir semalam.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turun dalam perlawanan pertama gagal untuk menyaingi regu dari India, R Satwik-P Ashwini apabila tewas 14-21, 21-15, 15-21.

Lee Chong Wei menjadi sandaran utama kepada skuad negara untuk kembali menyamakan kedudukan namun pemain perseorangan India, K Srikanth berjaya melakukan kejutan dengan kemenangan 21-17, 21-14.

Harapan Malaysia kembali berputik apabila regu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kion berjaya merapatkan kedudukan 2-1 apabila menundukan regu dari India, Satwik-S Chirag Chandrashekhar 21-15, 22-20.

Dalam perlawanan perseorangan wanita, ia menjadi penentu sama ada Malaysia mampu menyamakan kedudukan atau India akan menang emas.

Pemain perseorangan wanita India, Saina Nehwal menjadi watak penting kepada India apabila berjaya menidakkan kebangkitan Malaysia apabila mencatat kemenangan ke atas Soniia Cheah 21-11, 19-21, 21-9.

Gangsa pula menjadi milik Englang apabila mudah menewaskan Singapura 3-0.

Foto Kredit : Atlet Malaysia