Connect with:




Kejayaan muncul naib juara Piala Dunia di New York pada Ogos lalu masih lagi segar dalam ingatan Muhamad Heidy Mohd Yusoff .

Heidy merupakan ketua pasukan dodgeball lelaki negara yang tumpas kepada Austria dalam babak akhir di Madison Square Garden – kali kedua mereka tewas pada aksi final selepas edisi sulung di Manchester, 2016.

Begitupun, dua kali melangkah ke pentas akhir menunjukkan betapa Malaysia telah meletakkan status sebagai pasukan terkuat dunia dalam sukan ini.

Yee Jia Lun dan Muhammad Heidy

Lee Ee Lyn dan Seow Pei Shuang

“Tahap pertandingan sudah berubah. Dua tahun lalu, kami boleh menang dengan jurang perbezaan mata yang banyak. Kali ini, semua pasukan sudah melakukan persiapan rapi” jelas Heidy yang juga bertindak selaku naib presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF).

Heidy berazam untuk melihat dodgeball dimainkan ramai di dalam negara.

“Kami menerima sokongan padu dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kini kami memberi fokus kepada program pembangunan di peringkat akar umbi.

Lee Chee Cai dan Nozieka Faisal

———————————-

Ikuti temubual penuh bersama Heidy dalam majalah Dunia Sukan edisi 68 (September 2018) secara percuma dengan memuatnaik di laman web mahupun applikasi pintar Dunia Sukan (Klik sini untuk Google Play & klik sini untuk App Store).

Selain Heidy, turut sama berkongsi perjalanan karier dodgeball mereka adalah pemain kebangsaan – Seow Pei Shuang, Yee Jia Lun dan Lee Ee Lyn. Tidak ketinggalan, perkongsian dari dua individu penting dibelakang tabir arena dodgeball Malaysia, Nozieka Faisal dan Lee Chee Chai.