Connect with:




Impian jaguh tenis dunia, Novak Djokovic untuk menyamai rekod Rafael Nadal meraih gelaran ATP Masters 1000 yang ke 33 lebur selepas tewas 7-5,6-4 ke atas Karen Khachanov dalam aksi pertemuan final ATP Paris Masters yang berlangsung awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Djokovic  yang merupakan pemain pilihan untuk merangkul kejuaraan tumbang dalam tempoh satu jam 37 minit dengan Khachanov yang tampak menguasai hampir keseluruhan permainan.

“Khachanov telah bermain dengan baik sepanjang kejohanan ini. Dia layak meraih kemenangan ini,” katanya.

“Saya berpuas hati dengan persembahan saya dan bakal menjadi pemain nombor satu dunia mengatasi Nadal. Saya telah  kecapi lebih daripada 20 kemenangan berturut-turut.

” Khachanov juga merupakan seorang pemain yang muda dan dijangka bakal menjadi pencabar utama pada masa akan datang,” ujarnya.

Djokovic turut menghadiahkan pujian kepada wakil Russia itu, yang kini menduduki tangga ke-11 dunia sementara dia kini memintas Nadal selaku pemain nombor satu dunia.

Foto: AFP