Connect with:




Subang United merupakan cetusan idea hasil gabungan pelajar kampus Taylor’s University Lakeside yang dikenali sebagai Footuur FC. Mereka menjadikan Lembah Klang sebagai medan pertempuran untuk bergiat aktif dalam beberapa siri liga sosial amatur selama dua tahun.

Selepas berjaya melakar beberapa pencapaian yang memberangsangkan dalam liga yang disertai, dua beradik iaitu Emir dan Haziq mula nampak potensi kelab berkenaan dan membuat penjenamaan semula dengan menamakannya Subang United.

Menurut Haziq, pemain dipilih berdasarkan beberapa fasa pemilihan yang telah diadakan sekitar setahun yang lalu. Lebih mengujakan, kehadiran peserta menjangkaui pihak pengurusan apabila berjaya mencatat kehadiran seramai lebih 200 pemain. Akhirnya, seramai 25 pemain dan lima ahli pengurusan kelab termasuk ketua jurulatih sedang memacu kelab berkenaan untuk pergi lebih jauh.

 

Bagi jurulatih SUFC, Sabri Mezan, sesi latihan perlu dipergiatkan daripada seminggu sekali menjadi latihan tiga minggu sekali untuk menjadi pasukan yang lebih mantap.

“Pasukan di liga profesional berlatih setiap hari untuk berada di kedudukan professional, tidak mustahil Subang United boleh menuju ke arah itu,”katanya.

Tambahnya, beliau mengimpikan untuk memikul nama SUFC untuk beraksi ke peringkat yang lebih jauh hingga sampai ke Liga Super Malaysia. Jika lebih banyak peluang diberikan dan mereka sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal, tidak mustahil SUFC mampu memberikan persaingan hebat kepada kelab bola sepak tempatan lain yang sedang rancak berada dalam kancah liga professional di Malaysia.

_______________________________________________

Baca artikel penuh mengenai Subang United di e-majalah Dunia Sukan edisi 69 dengan memuat turun secara percuma laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.