Connect with:




Impian Barcelona untuk mencipta sejarah menjadi kelab pertama memenangi kejuaraan liga tanpa sebarang kekalahan musnah apabila tewas mengejut 4-5 kepada Levante dalam aksi penuh dramatik, awal pagi tadi.

Barcelona yang merehatkan pemain bintangnya, Lionel Messi ternyata membawa padah apabila Levante berjaya mendahului 5-1 selepas 56 minit permainan menerusi hatrik dari Emmanuel Boateng dan dua gol Enis Bardhi.

Walaubagaimanapun, juara La Liga itu berjaya merapatkan jurang apabila Philippe Coutinho menjaringkan hatrik dan Luis Suarez menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan namun sudah terlambat untuk memberikan kekalahan pertama selepas 37 perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan mereka gagal untuk mengatasi musuh tradisi, Real Madrid yang muncul pasukan pertama memenangi gelaran liga tanpa sebarang kekalahan pada musim 1931/32.

Sementara itu, pengendali Barca Ernesto Valverde berang dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

“Saya berasa amat marah tetapi kami perlu memandang ke depan. Mereka (Levante) bermain dengan baik dan berada pada prestasi terbaik”, katanya.

Selepas 37 perlawanan, Barcelona telah mengumpul 90 mata, 12 mata di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid.

Sumber : My Metro

Foto Kredit :