Connect with:




Ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee berjanji akan menurunkan segala pengalaman yang diperoleh ketika ‘berguru’ selama sebulan di Atletico Madrid sebagai usaha untuk memantapkan kualiti skuad bolasepak negara.

Walaubagaimanapun, Ong Kim Swee bakal berdepan beberapa kekangan untuk menerapkan pengetahuannya memandangkan beliau perlu menilai pendekatan yang ingin digunakan bersesuaian dengan pemain negara atau tidak.

“Ilmu boleh diserap tanpa mengira dari mana ia datang. Yang penting kita tahu sama ad pemain kita dapat menyerap ilmu yang saya dapat dan menggunakan corak yang sama seperti Atletico Madrid dengan pemain yang sedia ada buat masa ini.

“Apa yang baik untuk pasukan, saya akan bawa bersama namun saya belum lagi bersedia untuk diterapkan kepada pemain, saya akan tunggu masa yang lebih sesuai,” katanya.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu bersama penolong jurulatih, Brad Maloney diberi peluang menimba ilmu kejurulatihan di kelab gergasi La Liga itu selama sebulan sejak Februari lalu.

Jurulatih kelahiran Melaka itu juga pernah mengikuti program kejurulatihan bersma Queens Park Rangers (QPR) selama sebulan pada Februari tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : thesportivo(dot)com