Hari ini peminat pasukan Liverpool dikejutkan dengan khabar angin kuat bintang mereka dari Brazil, Coutinho semakin pasti meninggalkan Anfield untuk menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona pada tingkap perpindahan kedua Eropah.

Ini semua selepas Nike, pengeluar jersi Barcelona secara tidak sengaja mengeluarkan iklan tawaran jersi Coutinho yang akan mula dijual pada 6 Januari nanti

Nike bagaimanapun telah memadam iklan tersebut selepas ianya mula tersebar di laman sosial. Sekata ini tiada kenyataan dikeluarkan dari Nike, Barcelona, Liverpool atau Coutinho sendiri mengenai perkara ini.

Media Eropah minggu ini melaporkan Barcelona dan Liverpool telah pun mempersetujui perpindahan Coutinho dengan harga perpindahan dikhabarkan mencecah 125 juta pound sterling.

Coutinho, 25 tahun, mula menyertai Liverpool selepas berpindah dari Inter Milan pada 2012. Selepas 6 musim bersama The Kops, Coutinho telah membuat 200 penampilan selain berjaya mencetak 54 gol.