Connect with:




Menjelang Sukan Asia yang diadakan di Jakarta-Palembang, ayuh kita imbau kembali tragedi hitam dalam penganjuran paling pahit iaitu pada tahun 2006 yang berlangsung di Doha, Qatar:

1- Sebelum beberapa hari temasya berkenaan bemula, seorang atlet dari Maldives dikesan mengalami penyakit demam campak dalam kawasan Perkampungan Atlet tetapi ianya dapat diatasi dengan cepat oleh Qatar.

2- Tuan rumah diuji dengan kematian seorang atlet yang maut ketika bertanding.

3- Paling mengejutkan, insiden itu merupakan kes yang pertama melibatkan kematian dalam sejarah Sukan Asia.

4- Kim Hyung-Chil selaku atlet ekuestrian Korea Selatan menyertai acara merentas desa telah maut apabila kuda yang ditunggangnya terjatuh hingga menghempap dirinya sewaktu dalam perlawanan.

5- Seminggu sebelum berlakunya insiden di atas, seorang sukarelawan Sukan Asia wanita dari India berusia 60 tahun maut akibat kemalangan jalan raya.

Undian yang berpihak pada Doha bagi penganjuran Sukan Asia pada ketika itu menimbulkan banyak tanda tanya dan kejutan dari pelbagai pihak. Doha dengan 22 undian meninggalkan pencabar terdekat, Kuala Lumpur yang mendapat sebanyak 13 undian.

Hal ini sudah pasti berkait rapat dengan kemampuan penganjur dalam memastikan keselamatan para atlet dan pegawai yang terbabit pada ketika itu. Diharapkan insiden seperti ini tidak akan berulang lagi untuk temasya di masa hadapan. – Utusan

Foto Kredit: Zimbio