Connect with:




Penyerang veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic hari ini memberi bayangan beliau akan kembali ke kancah bola sepak antarabangsa untuk bermain di Piala Dunia di Russia.

Pemain berusia 36 tahun itu yang mengalami kecederaan sepanjang tempoh setahun itu dan bersara daripada tugas mewakili Sweden selepas Euro 2016.

“Saya rindukan pasukan Sweden,” katanya kepada media Sweden.

“Jika saya mahu, saya akan lakukannya. Saya yakin mampu memberikan persembahan terbaik.”

Pemain Manchester United itu yang hanya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan perlawanan terakhirnya menyaksikan dia digantikan pada separuh masa kedua ketika seri 2-2 dengan Burnley pada Disember.

Sweden sudah pun layak ke kejohanan berprestij itu tanpa kehadiran Ibrahimovic menerusi kemenangan 1-0 ke atas Itali dalam dua aksi playoff November lalu.

Ibrahimovic menjaringkan 62 gol dalam 116 penampilannya bersama Sweden.

Foto Kredit : skysports(dot)com